saya belajar menggunakan access untuk merekod maklumat pelajar. saya klik microsoft access dan kemudian, klik new blank database. pada file name, saya tulis MAKLUMAT PELAJAR TINGKATAN 5. klik folder dan tukar save as type kepada microsoft office access database(2002-2003 format) dan klik create.
akan keluar paparan baru dan saya klik add new field dan tulis nama, alamat, nama ibu, nama bapa, pendapatan dan no telefon. saya right klik di table 1 dan save sebagai peribadi. kemudian, saya klik create dan klik table. sama juga seperti tadi, saya masukkan butiran seperti bm, bi, sn, sej dan pi dan savekan sebagai kurikulum. langkah ini diulang untuk butiran ko-kurikulum pula. kemudian, klik database tools dan klik relationships. klik pada peribadi, add, klik kurikulum, add, klik ko-kurikulum, add dan klik close.
closekan semua table dan klik create, klik more forms dan form wizard. pindahkan semua maklumat peribadi dan id. tetapi, untuk kurikulum dan kokurikulum, jangan pindahkan id. klik next dan akhir sekali, akan sampai tempat untuk mengisi butiran dan tulis BORANG PELAJAR dan klik finish.
borang pelajar akan keluar pada paparan ini dan isi borang pelajar ini. untuk pendapatan, tidak perlu tulis rm. setelah isi, klik next record untuk isi borang pelajar seterusnya sehingga lengkap mengisi kelima-lima pelajar. savekan.
kemudian, klik peribadi dan klik bahagian pendapatan. klik datasheet dan data type dan klik currency. seterusnya, untuk membuat pertanyaan, klik create, query wizard dan ok. then, pindahkan id, nama dan pendapatan. tulis PERTANYAAN PENDAPATAN <1000.
right klik pendapatan dan tekan design view dan di bawah pendapatan line criteria, tulis <1000. untuk persoalan kurikulum dan ko-kurikulum, buat seperti langkah ini.
akhir sekali, untuk membuat laporan, klik create, report wizard. pindahkan dan klik next sehingga perlu dimasukkan id dan klik orientation sebagai landscape. akhir sekali, saya upload access saya ini kepada email yahoo group saya.
Monday, October 20, 2008
Wednesday, October 15, 2008
SPSS
kali ni, saya belajar tentang spss. dalam spss ini, saya perlu buat kaji selidik kepada kawan-kawan saya. sebanyak 5 soalan diajukan kepada mereka dan butir diri seperti jantina, program dan tahun diambil. pada kolum variable view, saya letakkan baris pertama sebagai jantina. baris kedua sebagai program.dan baris seterusnya ialah tahun, soalan 1 sehingga soalan 5. pada kolum demicals, saya jadikan kesemuanya 0. pada values, klik value dan taip1 dan klik value label dan taip perempuan. kemudian tekan add dan klik value dan taip 2. klik sekali lagi pada value label dan taip lelaki dan klik add dan ok. kemudian buat pada baris lain pula dengan mengikut jawapan soalan. kolum missing saya taipkan 6. pada kolum measure, jantina sebagai nominal, program sebagai nominal, tahun sebagai ordinal dan soalan 1 hingga 5 kekal sebagai scale. selepas itu, data view, saya taipkan pilihan jawapan kawan-kawan saya dengan menggunakan kod yang telah ditaipkan tadi. contohnya, dibahagian jantina saya taip 1 sebagai perempuan. saya taip kesemua jawapan kawan-kawan saya seramai 25 orang. kemudian, saya klik analyze dan klik descriptive statistics dan klik frequencies. saya klik carta pie dan setelah siap, saya upload spss saya ini ke dalam yahoo group.
Tuesday, October 7, 2008
EXCEL
saya perlu mengira markah pelajar melalui excel. saya bahagikan kolum kepada beberapa petak dengan menulis nama pelajar sebanyak 20 orang, markah setiap subjek dan juga gred serta jumlah keseluruhan markah. buat kolum untuk gred dan markahnya, contoh A dari 80 hingga 100 markah di bahagian kanan selepas kolum markah pelajar. kemudian, saya mencari gred setiap pelajar dengan highlightkan markah yang ingin dicari gred, kemudian klik formulas dan insert function. select function sebagai countif. kemudian, dibahagian range, highlightkan gred 1-20 untuk satu subjek dan kriteria sebagai "A" untuk mencari gred A. begitu juga untuk gred lain. untuk cari jumlah markah pelajar, perlu klik kat bawah jumlah, tempat nak letak markah dan taip =, kemudian, klik markah bm dan taip + atau klik autosam. untuk cari purata, buat kolum baru di bawah kolum markah pelajar. highlightkan petak di bawah markah BM dan insert function. pilih average untuk cari purata. highlightkan markah BM untuk purata dari 1-20 markah pelajar. begitu juga untuk subjek lain. terakhir sekali ialah membuat carta pai. highlightkan perkara yang ingin dijadikan carta dan tekan chart dan tulis nama carta. kemudian, kerja excel ini diupload ke dalam yahoo groups.
Sunday, September 7, 2008
POWER POINT
saya klik power point dan saya belajar sesuatu yang baru iaitu hyperlink. cara membuat hyperlink ialah klik word yang kita ingin pautkan dan tekan insert. kemudian, klik hyperlink dan klik place in this document dan pilih page yang kita ingin buat hyperlink itu. kita juga perlu buat set up show supaya slide yang sepatutnya keluar selepas hyperlink adalah betul. klik slide show dan set up slide show. saya juga praktikkan pengetahuan saya seperti word art, font, auto shapes, colour dan 3D(bayangan) serta masukkan gambar supaya power point saya lebih menarik. kemudian, power point ini saya hantar dengan upload ke yahoo group saya atau melalui cd dan dihantarkan kepada Pn. Sakinah.
BROSHER
seterusnya, saya belajar cara membuat brosher. saya klik page layout dan klik column three. saya klik margin dan narrow, kemudian custom margins. saya juga telah menyusun page saya agar tidak salah apabila diprint kerana ia akan dilipat 3. di sini, saya juga telah aplikasikan apa yang saya tahu seperti menggunakan jadual, wort art, font, jenis tulisan dan masukkan gambar dari internet. akhir sekali, saya telah upload brosher ini ke dalam yahoo group saya.
BUKU PROGRAM
pada minggu seterusnya, saya telah belajar bagaimana membuat buku program. saya klik file dan klik page set up. klik margin, setkan left dan right sebagai 0.5. kemudian, orientation ditulis landscape manakala multiple page ditulis sebagai bookfold. klik apply to untuk whole document. rancang dahulu berapa page yang ingin dibuat seperti 8 page. saya masukkan page kiri sebagai page 8 manakala page kanan sebagai page 1. ini kerana, buku program ini akan dibahagi setelah dicetak. dalam buku program ini, saya telah mengaplikasikan apa yang saya tahu seperti menggunakan word art, auto shapes dan colour. saya juga guna italic, bold, font dan jenis tulisan. saya belajar bagaimana memasukkan gambar dari pendrive ke dalam buku program dengan copy dan paste. saya perlu hantar tugasan ini dengan upload ke yahoo group saya.
Tuesday, August 5, 2008
BLOGGER
pada minggu 3, saya perlu membuat blog. saya masuk kepada www.google.com. kemudian, klik more dan even more. bagi sesiapa yang telah mempunyai email dan mempunyai 8 angka password, boleh la terus sign in dalam blog. tetapi bagi mereka yang mempunyai email tetapi tidak mempunyai 8 angka untuk password, mereka perlu la klik create a google account. isi maklumat yang diperlukan dan letakkan password sebanyak 8 angka. setelah itu, boleh la sign in blog. dalam blog ini, bolehlah namakan blog dan edit profile. setelah ada alamat blog, perlu send email kepada Puan Sakinah url itu. saya perlu menghantar komen kepada 5 rakan tentang refleksi yang telah mereka buat melalui alamat url mereka.
YAHOO GROUP
pada minggu 2, saya pelajari tentang yahoo group. masuk ke laman www.yahoo.com. kemudian, klik groups dan sign in yahoo groups dengan masukkan yahoo id dan password. apabila sudah ada yahoo groups, saya perlu invite ke semua rakan saya untuk join group saya. mereka akan menjadi rakan yahoo groups saya setelah klik join. saya telah klik post untuk hantar kepada laman yahoo groups saya untuk memberitahu apa-apa maklumat kepada member group saya dengan menekan send. mereka boleh la mendapat maklumat melalui laman yahoo groups saya itu.
pada minggu 1, saya telah belajar bagaimana cara membuat email. masul web www.yahoo.com. kemudian, sign in dengan masukkan email dan password. saya perlu menghantar email kepada rakan saya dengan klik compose dan send ke alamat emailnya. setelah itu, kawan saya perlu membalas email saya dengan menekan reply dan send ke alamat email saya. kemudian, saya perlu klik compose untuk menghantar email itu kepada Puan Sakinah dengan di cc kan kepada saya sendiri. saya juga perlu attach files dengan menekan browse dan pilih gambar dari my computer. selepas itu, saya sendkannya kepada Puan Sakinah.
Subscribe to:
Posts (Atom)