saya belajar menggunakan access untuk merekod maklumat pelajar. saya klik microsoft access dan kemudian, klik new blank database. pada file name, saya tulis MAKLUMAT PELAJAR TINGKATAN 5. klik folder dan tukar save as type kepada microsoft office access database(2002-2003 format) dan klik create.
akan keluar paparan baru dan saya klik add new field dan tulis nama, alamat, nama ibu, nama bapa, pendapatan dan no telefon. saya right klik di table 1 dan save sebagai peribadi. kemudian, saya klik create dan klik table. sama juga seperti tadi, saya masukkan butiran seperti bm, bi, sn, sej dan pi dan savekan sebagai kurikulum. langkah ini diulang untuk butiran ko-kurikulum pula. kemudian, klik database tools dan klik relationships. klik pada peribadi, add, klik kurikulum, add, klik ko-kurikulum, add dan klik close.
closekan semua table dan klik create, klik more forms dan form wizard. pindahkan semua maklumat peribadi dan id. tetapi, untuk kurikulum dan kokurikulum, jangan pindahkan id. klik next dan akhir sekali, akan sampai tempat untuk mengisi butiran dan tulis BORANG PELAJAR dan klik finish.
borang pelajar akan keluar pada paparan ini dan isi borang pelajar ini. untuk pendapatan, tidak perlu tulis rm. setelah isi, klik next record untuk isi borang pelajar seterusnya sehingga lengkap mengisi kelima-lima pelajar. savekan.
kemudian, klik peribadi dan klik bahagian pendapatan. klik datasheet dan data type dan klik currency. seterusnya, untuk membuat pertanyaan, klik create, query wizard dan ok. then, pindahkan id, nama dan pendapatan. tulis PERTANYAAN PENDAPATAN <1000.
right klik pendapatan dan tekan design view dan di bawah pendapatan line criteria, tulis <1000. untuk persoalan kurikulum dan ko-kurikulum, buat seperti langkah ini.
akhir sekali, untuk membuat laporan, klik create, report wizard. pindahkan dan klik next sehingga perlu dimasukkan id dan klik orientation sebagai landscape. akhir sekali, saya upload access saya ini kepada email yahoo group saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment