Wednesday, October 15, 2008

SPSS

kali ni, saya belajar tentang spss. dalam spss ini, saya perlu buat kaji selidik kepada kawan-kawan saya. sebanyak 5 soalan diajukan kepada mereka dan butir diri seperti jantina, program dan tahun diambil. pada kolum variable view, saya letakkan baris pertama sebagai jantina. baris kedua sebagai program.dan baris seterusnya ialah tahun, soalan 1 sehingga soalan 5. pada kolum demicals, saya jadikan kesemuanya 0. pada values, klik value dan taip1 dan klik value label dan taip perempuan. kemudian tekan add dan klik value dan taip 2. klik sekali lagi pada value label dan taip lelaki dan klik add dan ok. kemudian buat pada baris lain pula dengan mengikut jawapan soalan. kolum missing saya taipkan 6. pada kolum measure, jantina sebagai nominal, program sebagai nominal, tahun sebagai ordinal dan soalan 1 hingga 5 kekal sebagai scale. selepas itu, data view, saya taipkan pilihan jawapan kawan-kawan saya dengan menggunakan kod yang telah ditaipkan tadi. contohnya, dibahagian jantina saya taip 1 sebagai perempuan. saya taip kesemua jawapan kawan-kawan saya seramai 25 orang. kemudian, saya klik analyze dan klik descriptive statistics dan klik frequencies. saya klik carta pie dan setelah siap, saya upload spss saya ini ke dalam yahoo group.

No comments: